KISAH WALI ALLAH YANG
KASYAF
Ada sebuah kisah yang berlaku kepada Syeikh
Abdul Qadir Jailani. Dia didatangi oleh pemuka-
pemuka kota Baghdad untuk diajak bersama
dalam satu majlis ibadah malam secaraberamai-
ramai. Dia menolak tetapi pemuka-pemuka
tersebut berkeras juga mengajak beliau hadir.
Untuk dapat berkat, kata mereka. Akhirnya,
dengan hati yang berat, Syeikh Abdul Qadir
bersetuju untuk hadir.
Pada malam berkenaan, di satu tempat yang
terbuka,beratus-ratus orang hadir dengan
melakukan ibadah masing-masing.Ada yang
bersolat. Ada yang berwirid. Ada yang membaca
Quran. Ada yang bermuzakarah. Ada yang
bertafakur dan sebagainya. Syeikh Abdul Qadir
duduk di satu sudut dan hanya memerhatikan
gelagat orang-orang yang beribadah itu.
Di pertengahan malam, pihak penganjur
menjemput Syeikh Abdul Qadir untuk memberi
tazkirah. Dia cuba mengelak tetapi didesak
berkali-kali oleh pihak penganjur. Untuk dapat
berkat, kata mereka lagi. Akhirnya dengan hati
yang sungguh berat, Syeikh Abdul Qadir
bersetuju.
Tazkirah Syeikh Abdul Qadir ringkas dan pendek
sahaja.Dia berkata:
Tuan-tuan dan para hadirin sekelian. Tuhan
tuan-tuan semua berada di bawah tapak kaki
saya.
Dengan itu, majlis terkejut dan menjadi gempar
dan riuh rendah.Para hadirin terasa terhina dan
tidak puas hati.Bagaimanakah seorang Syeikh
yang dihormati ramai dan terkenal dengan ilmu
dan kewarakannya boleh berkata begitu
terhadap Tuhan mereka. Ini sudah menghina
Tuhan. Mereka tidak sanggup Tuhan mereka
dihina sampai begitu rupa.
Mereka sepakat hendak melaporkan perkara itu
kepada pemerintah. Apabila pemerintah dapat
tahu, diarahnya kadhi untuk menyiasat dan
mengadili Syeikh Abdul Qadir dan jika diadapati
bersalah, hendaklah dihukum pancung.
Pada hari pengadilan yang dibuat di khalayak
ramai,Syeikh Abdul Qadir dibawa untuk
menjawab tuduhan.
Kadhi bertanya, Benarkah pada sekian tempat,
tarikh dan masa sekian, Tuan Syeikh ada
berkata di khalayak ramai bahawa tuhan mereka
ada di bawah tapak kaki Tuan Syeikh?
Dengan tenang Syeikh Abdul Qadir menjawab,
Benar, saya ada kata begitu.
Kadhi bertanya lagi, Apakah sebab Tuan Syeikh
berkata begitu?
Jawab Syeikh Abdul Qadir , Kalau tuan kadhi
mahu tahu, silalah lihat tapak kaki saya.
Maka kadhi pun mengarahkan pegawainya
mengangkat kaki Syeikh Abdul Qadir untuk
dilihat tapak kakinya. Ternyata ada duit satu
dinar yang melekat di tapak kakinya. Kadhi tahu
Syeikh Abdul Qadir seorang yang kasyaf.
Fahamlah kadhi bahawa Syeikh Abdul Qadir
mahu mengajar bahawa semua orang yang
beribadah pada malam yang berkenaan itu
sebenarnya tidak beribadah kerana Tuhan.
Tuhan tidak ada dalam ibadah mereka.
Hakikatnya, mereka tetap bertuhankan dunia
yang duit satu dinar itu menjadi lambang dan
simbolnya.
Kalau di zaman Syeikh Abdul Qadir Jailani pun
manusia sudah hilang Tuhan dalam ibadah
mereka, apatah lagi di zaman ini. Itu dalam
ibadah. Kalau dalam hidup seharian, sudah tentu
Tuhan tidak langsung diambil kira.
Minggu, 22 Maret 2015
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
0 komentar:
Posting Komentar