KENALI 13 JENIS BATU-BATU
CINCIN SERTA KHASIATNYA
1. BATU HAKIKAT
Batu Hakikat asalnya ialah batu bukit/ gunung.
ada juga orang mengelarkan batu ini sebagai
batu badar lumut. ini kerana ia mempunyai
sejumlah tumbuhan lumut didalamnya dan ia
adalah batu hidup bersifat sejuk. Dikatakan
batu ini mempunyai khasiat seperti berikut:
menundukkan musuh, menghilangkan sakit
dan meyembuhkan penyakit, menghindarkan
ganguan makhluk halus, menghilangkan darah
gemuruh, serta untuk keselamatan diri
2. BATU PANCA NUR
Batu Panca Nur atau pancha warna adalah
sejenis batu akik bercirikan lebih dari dua ke
lima warna. Kelebihan dimata umum ialah pada
lima warna ini iaitu merah, hijau, kuning,
hitam, putih kerana mempengaruhi kekuatan
lima pancaindera manusia. Batu Panca Nur
yang asli ialah apabila dipegang terasa berat
dan getarannya. Batu Panca Nur ini
kekuatannya dikatakan mempunyai khasiat
seperti berikut:
- Memancarkan cahaya wajah yang
menawan kepada sipemakainya
- Memancarkan seri kewibawaan lalu akan
dihormati oleh orang sekeliling. -
Membangkitkan rasa percaya dan keyakinan
yang tinggi dikhalayak ramai
- Menjadikan musuh tidak berupaya untuk
membuat sesuatu yang jahat pada kita.
- Orang akan menjadi kagum, sangat percaya
dan tertegun dengan kata-kata kita.
3. BATU LAFADH
BATU LAFADH adalah berbentuk/ bergambar/
bertulis secara semulajadi padanya kalimah
Allah atau huruf-huruf kalimah . Amat-amat
jarang ditemui di dunia perbatuan. Jika ditemui
batu jenis ini, anda perlu berhati-hati dan
meneliti sepenuhnya kerana terdapat banyak
batu-batu campuran yang dibentuk seakan
batu-batu yang asli yang mana disebut batu
sintesis.
4. BATU SERAI
BATU SERAI hanya diperolehi daripada pokok
serai kampung yang berbunga atau pada
tumbuhan-tumbuhan yang mengeluarkan bunga
seakan bunga padi. Untuk makluman semua,
pokok serai adalah tumbuhan yang amat sukar
untuk mengeluarkan bunga dan pokok serai
yang mengeluarkan bunga amat sukar dan
jarang-jarang untuk ditemui. Jika ditemui
pokok serai berbunga, untuk mengambil batu-
batu yang terdapat dibahagian bawah perdu
pokok serai tersebut memerlukan kaedah dan
cara-cara yang tertentu dan hanya orang-orang
yang arif dengannya saja yang berjaya
mendapatkan batu serai. Terdapat pelbagai
jenis warna yang biasa didapati seperti warna
merah, kuning, warna jernih, biru,hijau dan
unggu. Kelebihan dan keistimewaan batu serai
dimata umum ialah untuk pemanis dan pelaris.
5. BATU ZAMRUD
Emrald atau zamrud merupakan batu permata
bewarna hijau yang sentiasa dikagumi ramai
sejak dahulu lagi. Peminat batu cincin
kebanyakannya mengakui batu ini adalah amat
cantik dan berkhasiat tinggi dari segi spiritual.
Kekerasan zamrud dalam skala Mohs ialah
diantara bacaan 7 hingga 9. Sememangnya batu
zamrud adalah sangat berharga dan tidak ramai
yang dapat memilikinya kerana faktor harganya
yang agak tinggi. Zamrud jarang dijumpai
didalam saiz yg besar dan batu zamrud yang
paling bernilai/ paling tinggi kualitinya berasal
dari negara colombia yang harganya boleh
mencecah sehingga puluhan ribu ringgit.
Emrald atau zamrud merupakan batu permata
atau birthstone untuk mereka yang lahir
dalam bulan mei . Walaubagaimanapun batu ini
tetap sesuai dipakai oleh sesiapa sahaja tanpa
mengira bulan kelahiran. Pada masa dahulu,
zamrud hanya dipakai oleh golongan
bangsawan,raja-raja dan pembesar negara
sebagai simbol keagungan dan kekuasaan.
Para pemakai batu zamrud juga percaya dan
yakin batu ini akan memberi keuntungan da
keyakinan yang tinggi.
6. BATU BADAR BESI
Batu badar besi juga biasa disebut sebagai
batu pati ayam atau istilah sainsnya ialah
magnetsteen kerana apabila diajukan besi
magnet padanya, batu tersebut akan bergerak
berputar-putar. Masyarakat umum
mengenali batu badar besi dalam golongan
pusaka mistik yang diyakini memberi khasiat
dan kelebihan yang banyak.
Batu badar besi mengandungi unsur
ferum dengan kandungan oksigen yang tinggi
sehingga memiliki warna abu kehitaman dan
memiliki kekerasan 5-6 skala Mohs.
Sebenarnya batu badar besi banyak dijumpai
didaerahbrazil, mexico, Australia dan amerika
yang mana dekat dgn kawasan pergunungan
yang sering terjadi banjir lahar ratusan tahun
dahulu.
Cerita masyur yang diketahui mengenai khasiat
batu badar besi adalah banyak sekali. Yang
paling utamanya ialah anti senjata tajam atau
kebal bahkan kebal kepada peluru. Lainnya
ialah sebagai pagar diri, mampu melindungi
pemiliknya dari bahaya sihir, anti cukur dan
menghindarkan aura jahat.
7. BATU KECUBUNG
Amethyst yang juga dikenali sebagai kecubung
merupakan batu yang berwarna ungu. Kecubung
berasal dari perkataan Greek yang bermaksud
penawar dimana wujud kepercayaan lama
menunjukkan arak yang diminum di dalam
gelas amethyst tidak akan menyebabkan
sipeminumnya menjadi mabuk. Amethyst atau
kecubung mempunyai kekerasan 7 pada skala
Mohs. Kecubung dipercayai telah mula
digunakan sejak zaman awal Mesir
kuno. Kecubung yang berkualiti hanya boleh
didapati di negara-negara
seperti Brazil, Uruguay, Siberia, Russia
dan India. Batu Kecubung merupakan batu
permata yang popular sebagai bahan perhiasan
raja-raja dan pembesar-pembesar negara
zaman lampau. Selain warna ungu, ia juga
mempunyai beberapa warna yang menarik.
Contohnya bewarna merah
jambu tetapi kecubung yang paling berharga
semestinya bewarna ungu kebiru-biruan. Batu
Kecubung/ Amethyst
merupakan birthstone untuk mereka yang
lahir pada bulan Februari. Dimata umum
masyarakat, kelebihan dan keistimewaan
kecubung ialah untuk pengasihan dan bisa
mewujudkan aura menawan kepada
pemakainya.
8. DELIMA MERAH
Ruby atau batu delima merah dikenali kerana
warna merahnya yang menggambarkan
perasaan cinta, kuasa dan kemegahan. Inilah
raja segala batu permata atau dikenali
sebagai " king of germstone "yang begitu popular
diseluruh nusantara bahkan seantero dunia.
Delima merah amat sinonim dan mashyur
dalam masyarakat melayu kerana kecantikan
fizikal batu ini dan khasiat yang menjalarinya,
batu ini juga sebenarnya terdapat dalam warna
merah jambu (pink) dan merah hati (merah
tua). Delima adalah batu permata yang sangat
keras dengan ukuran 9 pada bacaan skala
Mohs. Delima yang paling popular tentunya
berasal dari negara Burma (sekarang
Myammar) kerana kualiti dan
kecantikan batunya. Walaubagaimanapun
terdapat juga bekalan batu delima yang
berkualiti yang dilombong dari negara lain
seperti negara Afrika selatan, pakistan,
Afghanistan, Tanzania dan negara India. Ruby
atau delima merupakan birthstone ataupun batu
untuk mereka yang lahir pada bulan Julai .
Didalam pengentahuan masyarakat melayu
nusantara, Delima merah berada dalam mitos
khasiat yang paling tinggi iaitu untuk pelindung
diri dari ancaman jahat termasuk sihir, bagi
pembesar atau pemerintah, Ruby dikatakan
dapat membuka aura keagungan yang
menjadikan orang ramai patuh pada
pemakainya. Kelebihan Delima merah yang
paling masyur dalam masyarakat melayu ialah
kebal umum dan bagi golongan peniaga pula
dikatakan untuk kekayaan. Ruby atau batu
delima terbaik adalah dari negara burma
dimana harganya mengikut timbangan karat.
9. CHRYSOBERYL CAT'S EYE (MATA KUCING)
]
Batu mata kucing atau 'cats eye' diberi nama
kerana apabila didalam kegelapan dan ada
sedikit cahaya, maka akan muncullah segaris
sinar pada batu ini mirip mata haiwan bernama
kucing. inilah uniknya batu ini sehingga ramai
yang tergila-gila mencarinya. Batu cats eye ini
banyak terdapat dalam warna coklat kehitaman,
kuning madu dan warna hijau muda. cats eye
mempunyai ketahan yang kuat kerana batu ini
mempunyai kekerasan pada ukuran 8-9 pada
skala Mohs. Chrysoberyl merupakan batu
permata yang mempunyai nilai yang tinggi di
pasaran dengan kualiti yang sangat baik.
Negara pengeluar utama batu mata kucing ini
termasuklah Russia, Tanzania, Sri
Lanka, India, Brazil, dan Timur Afrika. Cats eye
@ Chrysoberyl menjadi batu yang digemari oleh
ramai peminat dan pengumpul yang
profesional. Ini kerana batu permata ini sangat
sukar untuk didapati dan harganya yang agak
mahal. Cat's eye yang baik mempunyai cahaya
sebagai jaluran di bahagian tengah. Apabila
membeli batu yang asli, pastikan "mata kucing"
pada batu tersebut berada di bahagian tengah
dan "mata" tersebut boleh "terbuka" dan
"tertutup" apabila batu itu dicondongkan.
Kelebihannya dimata umum dikatakan banyak
sekali seperti memberikan keyakinan dan
menjadikan lawan /musuh gerun dan takut
pada kita serta memberi aura penarik
kepada pemakainya juga dikaitkan dengan
kesihatan (menghindar penyakit fizikal dan
mengelak sihir).
10. BATU TIGER EYE (MATA HARIMAU)
BATU TIGER EYE juga dikenali sebagai batu
mata harimau ini tergolong dalam keluarga
Quartz. Batu ini diberi nama kerana warna dan
jaluran cahaya yang meliputinya apabila
dipandang seolah-olah seperti mata sang
harimau yang sedang merenung tajam. Warna
dominan bagi batu ini ialah kuning yang
bercampur dengan hitam dan campuran coklat
serta oren. Kekerasan skala mohs bagi batu
tiger eye ialah pada bacaan 7 yang banyak
dijumpai di negara afrika selatan, russia,
australia barat, negara jerman dan
china. Tiger's eye sesuai dipakai oleh semua
golongan dan berbagai peringkat lapisan
masyarakat. Khasiat dan kekuatan yang
menjalarinya dipercayai menjadikan
pemakainya akan digeruni lawan dan dihormati
kawan, segala perintah dan kata-kata
sipemakainya akan mudah diterima dan
dipatuhi orang. Batu ini juga dipercayai
menjadi senjata menangkis pebuatan sihir dan
jahat.
11. BATU JARUM MAS
Batu jarum mas termasuk dalam kumpulan
batu-batu jenis Quartz iaitu ia adalah jenis
Rutilated Quartz. Terdapat banyak warna batu
dalam kumpulan quartz ini seperti warna merah
jambu, kuning, biru dan hijau serta hitam dan
putih tetapi batu jarum mas biasanya
mempunyai warna dominan jernih keputihan
dengan didalamnya terdapat hablur warna
kuning yang terbentuk memanjang seolah-olah
seperti bentuk jarum. Batu jarum mas
mempunyai paling banyak jenis dan nama
kerana quartz ialah salah satu unsur mineral
yang paling banyak didapati dibahagian kerak
bumi. kekerasan batu jenis ini berada pada
ukuran 7 skala Mohs. terdapat catatan
menyatakan quartz adalah bahan yang biasa
digunakan sebagai bahan mistik dalam mitologi
orang asli Australia yang menunjukkan batu ini
mempunyai khasiat dan kelebihan yang besar
dalam dunia mistik. didalam masyarakat
melayu nusantara, Batu jarum mas dipercayai
menjadi alat pertahanan diri dan untuk
keselamatan pemakainya.
12. BATU NILAM (SHAPHIRE)
Nilam juga biasa disebut sebagai sapphire atau
safir. Batu nilam amat dikenali didunia
perbatuan sebagai batu yang digemari ramai
pencinta batu permata dan sukar untuk
diperolehi. Struktur mineralnya adalah
berbentuk kristal tunggal aluminium
oksida yang mana menyebabkan nilam memiliki
kekerasan yg cukup tinggi iaitu bacaan 9 pada
skala Mohs. Nilam dipasaran ketika ini banyak
berasal dari negara Burma,
Srilangka, Thailand,Russia, kalimantan
Indonesia dan juga Afrika. Batu permata
Nilam yg terkenal didunia adalah blue
shaphire (safir berwarna biru) yang mana
struktur mineral dan seratnya memiliki
keunikan pancaran cahaya yang berbeza-beza
menjadikannya kelihatan amat
mempersonakan. Terdapat juga nilam
berwarna hitam, kuning dan putih tetapi
harganya tidak standing dengan nilam berwarna
biru. Kelebihan dan mitos yang menjalar pada
batu nilam ini diyakini dapat menjernihkan
fikiran, meningkatkan kekuatan fizikal dan
kedamaian hati, membawa kebahagiaan,
meningkatkan keyakinan dan tujuan hidup.
Raja-raja dan para pemerintah negara memakai
nilam untuk menampilkan wibawa dan sebagai
pertahanan yg kuat terhadap bahaya.
Keistimewaan dimata umum yang paling utama
bagi batu nilam ini ialah menyerlahkan aura
penarik bagi pemakainya. Batu yang istimewa
ini ialah birthstone atau batu yang sesuai untuk
mereka yang lahir pada bulan september .
13. BATU PIRUS (TURQUOISE)
Batu Pirus juga dipanggil sebagai
"turqouise"dikenali ramai pecinta batu permata
sebagai batu yang berwarna biru dan hijau
dengan jaluran urat yang menarik dan unik
terbentuk padanya. Batu pirus mempunyai
campuran mineral tembaga, aluminium dan
ferum (besi) yang memberikan peranan
terhadap pembentukan warnanya. semakin biru
warnanya menunjukkan kandungan tembaga
didalamnya adalah tinggi dan jika warna
hijaunya yang menonjol, menunjukkan
kandungan ferum (besi) pula tinggi. Batu pirus
direkodkan mempunyai kekerasan pada bacaan
5-6 pada skala Mohs. Ia banyak di jumpai di
negara Iran, Afghanistan, Israel, Amerika dan
negara Mexico. Biasanya batu ini banyak
dipakai oleh mereka yang berumur 40 tahun
keatas. Peminat batu ini begitu teruja dengan
pirus kerana keindahan dan keunikan urat-urat
batunya yang terbentuk dengan menarik dan
cantik. Batu pirus yang paling terkenal dan
tinggi harganya dipasaran ialah pirus berwarna
biru atau hijau dari negara Iran yang tidak
memiliki jaluran atau corak diatasnya. Khasiat
yang menjalari batu istimewa ini dipercayai
membantu dalam proses penyembuhan
penyakit, memberikan ketenangan minda dan
membuka aura kekuatan diri khususnya
kekuatan dalaman atau rohani.
Senin, 16 Februari 2015
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
0 komentar:
Posting Komentar